Friday, April 16, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKOLAH KAMI

Salam sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...

Hari ini saya nak kongsikan gambar-gambar mengenai sekolah kami iaitu Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah yang terletak di kampung Panchor,Kemumin di dalam daerah Kota Bharu, Kelantan.

Inilah antara gambar-gambar sekolah kami.



Gambar ini adalah gambaran yang terbaru sekolah kami yang mana saya tangkap gambar ini pada 31 Mac 2010...Harap anda semua dah mengenali sekolah kami. Ingin saya katakan begitu banyak kenangan manis dan pahit kami di sekolah ini. Dari tahun 1999 iaitu semasa kali pertama kami memasuki sekolah hinggalah kami keluar menyambung pengajian kami di IPTA dan IPTS yang terpilih.

Oklah,setakat ini sahaja dulu bagi post untuk kali ini. Nanti berjumpa lagi di lain post lak.
Semoga anda dapat menghayati pemandangan sekolah kami yang tidak seberapa ini.

Sekian,Terima kasih.
Salam.

Monday, April 12, 2010

SALAM PEMBUKAAN

ASSALAMU'ALAIKUM w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan lafaz tersebut saya merasmikan Pembukaan Blog bagi Ex-MTM 1999-2005/06 untuk tatapan umum. Blog ini diwujudkan untuk diisikan dengan kenangan-kenangan masa lalu Ex-MTM batch 1999-2005/06. Selain itu juga, akan dimuatkan juga dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh pelajar-pelajar terbabit. Antaranya reunion besar-besaran, aktiviti-aktiviti semasa reunion dan macam-macam lagi.

Untuk itu,saya harapkan kepada yang akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti terbabit memainkan peranan masing-masing dan kepada semua ahli-ahli group ini harap dapat berikan kerjasama terbaik daripada anda. Semoga ikatan ukhuwwah antara kita semua terjalin erat dunia dan akhirat. InsyALLAH...Ameen.

Okeylah,setakat ini dahulu celotehan saya, dan akan di sambung lagi di lain hari dan masa.

Sekian,Terima Kasih.

Regards,
[ Royelias a.k.a. Radi ]